Istiadat pemasyhuran Tuanku Muhriz (29 Disember 2008) Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008.

Pelantikan Yang di-Pertuan Besar itu dilakukan mengikut Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar daripada antara Putera Yang Empat menurut perlembagaan negeri dalam satu majlis ringkas di sini.

Tiga putera lagi, Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar turut hadir.

Semalam, Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau bersama-sama Tunku Besar Tampin mengadakan persidangan tertutup bagi memilih Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.[2]